Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

  Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Muhammad Nor Muzamil Bin Adam
D20191089614

-Menguruskan Dan Melaksanakan Rutin Kelas Pengkaji mendapati bahawa SK Gong Badak mengurus rutin kelas dengan baik seperti mengemaskini kedatangan murid, memastikan data terkini murid di dalam kelas dan menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar murid di pejabat.

-Guru akan sentiasa memastikan rekod pelajar sentiasa dikemaskini dan perlu mengisi kedatangan murid secara online ke dalam system infirmation student (SIS) selewat-lewatnya masa kedua setiap hari. Seterusnya, buku rekod kawalan kelass diambil dan dihantar pada waktu dan ditempatkan semula le tempat yang ditetapkan.

- Guru tingkatan akan mengutip wang yang diarahkan dan perlu dibayar oleh murid serta menggalakkan murid membayar sekaligus. Guru tingkatan akan mengeluarkan resit kepada murid bagi bukti proses pembayaran dibuat serta menyimpan salinan buku resit dan rekod-rekod bayaran untuk semakan pihak berkenaan dari semasa ke semasa. Guru juga perlu menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan kepada pihak yang diberi kuasa oleh Pengetua pada hari yang sama.

-Guru akan memastikan data terkini murid di dalam kelas dan mengemaskini jadual kedatangan murid serta guru akan sentiasa menjamin keselamatan buku-buku rekod tersebut.

-Guru juga akan menentukan hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan lima serta lelulusan untuk bertukar telah diterima. Selain itu, guru akan menentukan buku teks telah dipulangkan pada setiap tahun. Seterusnya menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

-Guru membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari serta mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya kepada budi bicara murid bertujuan untuk menceriakan kelas dan kebajikan murid.

-Guru akan sentiasa memastikan murid memahami setiap matapelajaran yang diambil dan setiap peraturan di dalam kelas mahupun undang-undang di sekolah. Seterusnya, melaporkan kepada guru displin sekiranya murid melanggar displin sekolah.

-Guru di SK Gong Badak juga sentiasa memberi galakkan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik. Guru di sekolah itu juga gemar mengadakan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah untuk menarik minat murid di dalam kelas. Guru juga sentiassa prihatin terhadap masalah murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

TAJUK 1 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN (KPS)