BLOG BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN oleh: WAN AMIRAH NAJWA BINTI WAN IDRIS ( D20192091422) Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahkan, keperluan bahan bantu mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran memperlihatkan keberkesanannya di dalam bilik darjah jika ingin dibandingkan dengan sistem pembelajaran yang dahulu. Justeru itu, guru dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran dengan lebih jelas dan sistematik. Hal ini, ianya bertujuan untuk mengelakkan kebosanan dan memudahkan guru dalam menyampaikan pengajaran mereka dan mudah difahami oleh murid-murid sekolah rendah ataupun pelajar sekolah menengah. Maka, guru-guru ataupun bakal-bakal guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan...
Ulasan
Catat Ulasan