BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

 

BLOG BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN


oleh: WAN AMIRAH NAJWA BINTI WAN IDRIS (D20192091422)

Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahkan, keperluan bahan bantu mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran memperlihatkan keberkesanannya di dalam bilik darjah jika ingin dibandingkan dengan sistem pembelajaran yang dahulu. Justeru itu, guru dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran dengan lebih jelas dan sistematik. Hal ini, ianya bertujuan untuk mengelakkan kebosanan dan memudahkan guru dalam menyampaikan pengajaran mereka dan mudah difahami oleh murid-murid sekolah rendah ataupun pelajar sekolah menengah. Maka, guru-guru ataupun bakal-bakal guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran supaya dapat memberi kesan terhadap prestasi para pelajar Justifikasinya, komunikatif yang tinggi tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan lagi ilmu pengetahuan.

Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan penting dalam menentukan alat-alat bantu mengajar supaya mampu mewujudkan rangsangan dan bertindak untuk memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Malahan, setiap pengajaran dan pembelajaran dianggap lebih berkesan apabila para pelajar dapat mencapai objektif utama supaya dapat memastikan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah mengalami perkembangan yang maksimum daripada pelbagai aspek. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan murid-murid kerana mereka lebih seronok dan peka terhdap penyampaian guru. Justeru itu, pelaksanaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan juga mampu meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru. Terdapat 3 jenis bahan bantu mengajar yang digunakan di Sk Gong Badak dalam menjalankan proses pengurusan pembelajaran iaitu berbentuk elektronik, bukan elektronik dan bahan bercorak.

 

 

Pertama, bahan berbentuk elektronik ialah guru di Sk Gong Badak akan menayangkan filem pelajaran, projector, video, radio dan rakaman tentang pembelajaran supaya murid-murid dapat merasakan keseronokan belajar serta mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru agar dapat berkembang dengan pesat dan meluas dalam dunia pendidikan. Namun, pengajaran guru berfungsi untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada pelajar dan mengatasi sifat pelajar yang pasif untuk lebih cenderung dan aktif semasa proses pengajaran berlaku, meningkatkan persepsi dalam kalangan pelajar, serta memberikan persamaan pengalaman terhadap para pelajar. Para pelajar bergiat aktif dalam bilik darjah dan proses pembelajaran yang berlaku bukan sahaja berpusat pada guru malah juga berpusat kepada pelajar kerana setiap bahan bantu yang disediakan oleh guru mempunyai aktiviti dan tujuan yang tersendiri. Hal ini, disebabkan dengan keadaan zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa.

Kedua, dari segi bahan berbentuk bukan elektronik iaitu guru akan mengajar di papan putih. Bahkan, terdapat papan pamer tentang info-info sesuatu subjek di sudut belakang bilik darjah dan juga terdapat bahan-bahan seperti majalah, nota-nota, kertas kerja, alat tulis di bahagian sudut bacaan di dalam kelas. Melalui penggunaan imej visual dapat membantu pelajar untuk mengingati sesuatu topik dengan lebih jelas kerana kaedah ingatan melalui imej dan visual merupakan kaedah yang terbaik kepada pelajar. Tambahan pula, pelajar juga dapat membantu merangsang dunia dalam menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Malah, kaedah bahan bantu mengajar ini boleh membantu menajamkan fikiran pelajar serta berfikir dengan lebih pantas dan dapat mempertingkatkan lagi minda murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama tentang ilmu pengetahuan.

Ketiga, bahan bercorak iaitu di mana guru di Sk Gong Badak ini akan mengadakan lawatan sambil belajar terutama murid-murid darjah 6 yang akan menghadapi UPSR. Hal ini supaya murid-murid dapat merehatkan minda serta meluaskan pemandangan mereka tentang duniawi. Justeru itu, guru juga mengadakan program lain seperti persembahan, lakonan dan membuat projek pameran. Melalui inilah, murid-murid dapat memperoleh pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik kerana pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna. Mereka akan rasa terhibur dan seronok dengan pembelajaran secara interaktif ini kerana dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan mencetuskan minat pelajar Hal ini, pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang dilah dirancang kerana dapat menghasilkan pembelajaran yang menarik. Bahkan, penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta di dalam ingatan mereka dengan baik.

Kesimpulannya,  bahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat yang diidamkan kerana pelbagai kaedah dan teknik mengajar dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik. Malah, seseorang guru perlu menyedari bahwa hakikat pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu pengetahuan. Hal ini, murid juga dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas serta objektif pembelajaran yang diharapkan dapat tercapai dengan cemerlang. Setiap guru haruslah menyediakan proses pengajaran yang pembelajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya supaya dapat menyerap segala ilmu yang diajar kerana pelajar itu merupakan belia yang menjadi harapan negara untuk meningkatkan sistem pendidikan negara pada masa hadapan.

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tajuk 5 : Pengurusan Murid

Teknik Mengurus Pembelajaran