Teknik Mengurus Pembelajaran


MARAAZALINDA A/P OMAR (D20192091423)

 

Teknik Mengurus Pembelajaran :

 

1.0 Pengenalan Teknik Mengurus Pembelajaran

Teknik dalam mengurus pembelajaran merupakan satu teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan yang sesuai untuk pelajar di dalam bilik darjah. Terdapat banyak teknik yang dapat digunakan oleh guru di sekolah dalam mengurus pembelajaran di sekolah dengan baik. Antara teknik mengurus pembelajaran ialah mengurus masa dengan baik, kemahiran mendengar dengan berkesan, kemahiran membaca dengan berkesan, menyediakan nota, menghadiri pengajaran di dalam kelas serta kemahiran belajar dalam kumpulan. Teknik mengurus pembelajaran tersebut boleh digunakan oleh guru di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

 

2.0 Teknik Mengurus Pembelajaran

Berdasarkan projek berasaskan sekolah yang kumpulan kami buat di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, kami telah mengenalpasti bahawa Sekolah Kebangsaan Gong Badak menggunakan dua teknik dalam mengurus pembelajaran. Sekolah Kebangsaan Gong Badak melibatkan dua teknik mengurus pembelajaran iaitu teknik pembelajaran di bilik darjah dan pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan ko-akademik. Teknik mengurus pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Gong Badak ini diuruskan dengan berkesan supaya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut berjalan dengan lancar. Teknik pembelajaran di bilik darjah merupakan teknik mengurus pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan formal ialah pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan adanya bimbingan daripada guru, buku teks dan berjalan di dalam kelas.

            Teknik pembelajaran di bilik darjah merupakan satu teknik pembelajaran yang penting dengan menggunakan teknik mengurus pembelajaran yang berkesan. Antara teknik mengurus pembelajaran di bilik darjah adalah mengurus masa dengan naik. Guru akan mengikut jadual yang telah dirancang dan digubal bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkesan serta pelajar juga akan mengikuti jadual kelas yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, teknik ini dilaksanakan adalah untuk menwujudkan tingkah laku supaya sentiasa menepati masa yang telah ditetapkan serta memudahkan guru dan pelajar. Guru juga akan mneyediakan nota kepada pelajar supaya dapat membantu pelajar untuk memahami apa yang telah dipelajari. Hal in kerana, nota tersebut disediakan secara ringkas, padat, mudah difahami serta memudahkan pelajar untuk digunakan sebagai rujukan. Guru merupakan pengurus utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan terdiri daripada proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan terhadap pembelajaran yang diajar. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan peniting dalam melaksanakan teknik mengurus pembelajaran dengan berkesan. Di bilik darjah ialah tempat yang sesuai untuk menggunakan teknik tersebut untuk mencapai objektif pengajaran.

            Seterusnya, teknik pengurusan pembelajaran paling penting ialah guru perlu memastikan pelajar menghadiri pengajaran yang berlaku di bilik darjah supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. teknik pembelajaran di bilik darjah ini, dapat membantu pelajar mendengar, memahami, menulis, mencatat nota dan mengingat semua maklumat yang disampaikan. Di bilik darjah juga, pelajar akan digalakkan dengan aktiviti teknik mengurus pembelajaran dengan menggunakan strategi kemahiran belajar dalam kumpulan. Pelajar dalam saling bertukar pendapat serta pandangan melalui aktiviti pembelajaran secara berkumpulan ini. Pelajar di beri peluang untuk salin bertukar pandangan supaya lebih aktif berkomunikasi di dalam kelas, dengan tidak hanya mendengar guru memberikan penerangan di hadapan.

            Teknik mengurus pembelajaran yang seterusnya ialah, teknik mengurus pembelajaran adalah pembelajaran di luar bilik darjah yang melibatkan ko-akademik. Melalui teknik pembelajaran ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sukan, badan beruniform dan kelab-kelab serta persatuan-persatuan. Oleh itu, teknik mengurus pembelajaran ini juga boleh dilakukan di luar bilik darjah, bukan sekadar tertumpu di bilik darjah sahaja. Banyak kemahiran serta pengetahuan baru yang akan diperolehi oleh pelajara dengan melibatkan diri dalam sukan, badan beruniform dan kelab-kelab serta persatuan-persatuan. Semua pelajar akan mengikuti pembelajaran dari sudut ko-akademik mengenai kelab-kelab yang melibatkan kepada pembelajaran luar bilik darjah. Setiap pelajar boleh memilih mana-mana jenis sukan, badan beruniform dan kelab-kelab serta persatuan-persatuan ko-akademik yang sesuai dengan minat masing-masing.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran sangat penting bagi guru dalam melahirkan pelajar yang boleh menguasai semua bidang. Dengan adanya teknik mengurus pembelajaran yang baik serta berkesan, maka akan dapat hasil yang baik dalam proses pengajaran dan oembelajaran di sekolah. Dapat dilihat bahawa aktiviti yang dijalankan tidak semestinya berlaku di dalam kelas sahaja, guru boleh melakukan aktiviti di luar kelas untuk menarik minat pelajar melakukan aktiviti.

 

 

 

Rujukan

https://markshah1998.blogspot.com/2019/05/mengurus-pembelajaran.html

https://nadhirahmazlan98.blogspot.com/2019/05/bab-1-mengurus-pembelajaran.html

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

TAJUK 1 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN (KPS)