Tajuk 5 : Pengurusan Murid

 Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

 “… adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000) ‰

 “… adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000)  

 

Definisi Murid

Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.

Abu Ahmadi (2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.

Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.

Tujuan Mengurus Rekod Murid

 1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah

2. Kemaskini profil murid

3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar

4. Menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)

5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.

6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

 

Ciri-ciri Berlakunya Proses Pengajaran

1. Ada guru dan murid

2. Guru sebagai pengajar

3. Murid sebagai pembelajar

4. Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa dan simbol

5. Proses yang melibatkan interaksi dua hala

 

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Pelajar

 1. Baka

2. Kematangan

3. Pengalaman kanak-kanak

PENGURUSAN REKOD MURID YANG BERKESAN DAN TERANCANG

Pengurusan rekod murid yang terancang dan berkesan ini perlu bagi membolehkan guru-guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam buku rekod ini salah satu nadi yang perlu ada ialah sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran ini perlu disakukan dalam buku rekod mengajar. Bukan itu sahaja, huraian sukatan pelajaran juga perlu agar apa yang diajar bersesuaian dengan kehendak yang ingin dicapai bersama serta merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekiranya guru tidak mengajar mengikut sukatan yang ada, maka matlamat yang diharapkan tidak akantercapai dan kemungkinan pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan awamdengan baik kerana apa yang dipelajari tidak sama dengan apa yang diajukan dalam peperiksaan.

     Kedua, pengurusan rekod ini dapat memudahkan murid-murid mempelajari apa yang diajar. Dalam hal ini guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Tugas ini menjadi kewajipan kepada semua guru tidak kira guru berpengalaman, guru cemerlang mahupun guru pakar. Hal ini kerana guru perlu bersedia lebih awal agar pencapaian kefahaman murid dapat mencapai tahap maksimum. Persediaan ini dilihat dapat membolehkan guru memastikan objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan dan kefahaman murid lebih baik kerana murid memerlukan masa untuk memahami apa yang disampaikan. Dalam hal ini, guru yang efektif akan bijak menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan baru yang akan dapat menambahkan kefahaman para pelajarnya. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman mereka, guru boleh mengadakan aktiviti pengukuhan seperti refleksi pembelajaran yang ringkas mahupun aktiviti-aktiviti yang menarik seperti mana yang telah dirancang dalam buku rekod pengajaran.

     Kesimpulannya, buku rekod pengajaran amat penting untuk dilaksanakan kerana ia mendatangkan impak yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan serta memantapkan kefahaman murid.

KESEDIAAN MURID BELAJAR

Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama. Perbezaan yang dapat dihayati melalui pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial, cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain, falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu. Strategi implementasi kesediaan belajar seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, Peringkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke kompleks), gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak lagi.

MEMOTIVASIKAN MURID

Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi,  keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan  psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

TAJUK 1 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN (KPS)