Tajuk 4 : Kepimpinan dan Organisasi
Bab ini akan menekankan gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah, dan kepimpinan guru. Bab ini adalah
mengenalpasti gaya
kepimpinan dan menjelaskan peranan pemimpin peringkat sekolah serta memahami
gaya kepimpinan guru.
Dari aspek
kepimpinan, Gribben berpendapat satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu
kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli
untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat
bersama. Fulmer juga pernah mengatakan bahawa melibatkan kedua-dua
keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke
arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka
mencapainya. Secara rumusnya, kepimpinan memberi kepuasan kepada
pengikut, menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang, serta dapat mengadakan
perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan
idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang
baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja.
Setiap ketua perlu
memiliki perancangan sendiri yang mantap. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas
serta fungsi bagi :
I. Menetapkan matlamat.
II. Menyusun.
III. Mengarah dan menyelaras.
IV. Mengawal bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan.
·
KEPIMPINAN
AUTOKRATIK
Seseorang
pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin
dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini
akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan
memastikan arahan itu dipatuhi.
·
KEPIMPINAN
DEMOKRATIK
Gaya kepimpinan
demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua
kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap
ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu
keputusan diambil.
·
KEPIMPINAN
LAISSEV-FAIRE
Pemimpin yang
mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan
yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun
hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan
membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
·
KEPIMPINAN
KONTEGENSI
Model kepemimpinan kontingensi memfokuskan perhatian
yang lebih luas, iaitu pada aspek-aspek yang berkaitan
antara keadaan atau perubahan situasi dengan watak atau
tingkah laku dan kriteria prestasi pemimpin (Hoy and Miskel
1987). Model kepemimpinan Fiedler (1967) disebut sebagai model
kontingensi kerana model tersebut dianggap bahawa sumbangan pemimpin terhadap
keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung, pada cara atau gaya
kepimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the favourableness of the
situation) yang dihadapinya.
·
KEPIMPINAN
ASERTIF
Gaya
kepemimpinan ini sifatnya lebih agresif dan mempunyai perhatian yang
sangat besar pada pengendalian personal dibandingkan dengan gaya
kepemimpinan lainnya. Pemimpin
jenis asertif lebih terbuka dalam konflik dan kritikan. Pengambilan
keputusan muncul dari proses argumentasi dengan beberapa sudut pandang
sehingga muncul kesimpulan yang memuaskan.
·
KEPIMPINAN
RESPONSIF
Pemimpin
responsif mendengar dan melihat sesuatu masalah atau persoalan sebelum
bertindak dan aktif dalam mencari penyelesaian. Oleh itu, pemimpin responsif
juga tidak memulakan sesuatu tetapi memberi reaksi kepada sesuatu maka
dapat menhindari konflik daripada berlaku dan tindakannya dapat diterima ramai.
·
KEPIMPINAN
AGGRESIF
Gaya kepimpinan
jenis aggresif mempunyai kepercayaan atau keyakinan diri yang sangat tinggi dan
mementingkan kuasa yang ada pada dirinya. Berani mengambil sesuatu tindakan
yang boleh mewujudkan konflik atau ketegangan demi mencapai kejayaan.
Konsep kepimpinan
sekolah merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan
tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar
supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi
mencapai matlamat sekolah. Manakala organisasi sekolah adalah sistem yang
bergerak dan berperanan dalam merumuskan tujuan pendewasaan manusia sebagai
makhluk sosial agar mampu berinteraksi dengan lingkungan. Sikap pemimpin akan
mempengaruhi budaya sesebuah sekolah. Pemimpin sekolah adalah individu
yang berpengaruh dan penting sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan di
sekolah. Kepimpinan sekolah dapat memupuk semangat berpasukan dan
bekerjasama dalam kalangan kakitangan.
Ulasan
Catat Ulasan