Tajuk 2: Pengurusan Dan Pembelajaran

Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. (Nurlia Mohamad, 2012)

 Menurut Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan merujuk kepada aktiviti yang teratur serta sistematik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti. Terdapat pelbagai konsep yang dibahagikan di dalam bab ini. Antaranya adalah konsep mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah.

 

Konsep mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal suasana bilik darjah.  Konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang startegi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan pelajaran yang mereka belajar. Manakala, konsep mengarah diklasifasikan seperti mengarah murid supaya menempukan perhatian kepada pengajaran, menguruskan tugasa harian bilik darjah serta mengarah murid memastikan untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.

 

SENARAI KAEDAH PENGURUSAN YANG SERING DIAMALKAN DALAM BIDANG PERGURUAN 

Pendekatan dan Kaedah Pengurusan :

i.   Berpusatkan Pelajar
ii.  Berpusatkan Bahan
iii. Berpusatkan Guru
iv.  Berpusat Pelajar, Bahan dan Guru

Pendekatan dan Kaedah Khusus :

i.   Pengurusan Bahan Pembelajaran
ii.  Pengurusan Tempat
iii. Pengurusan Masa
iv.  Pengurusan Siapa Yang Mengajar

7 jenis pengetahuan yang perlu dikuasai dan diurus oleh seorang guru profesional :

i.   Pelajar
ii.  Pedagogi
iii. Kurikulum
iv.  Konten Pedagogi
v.   Kandungan Mata Pelajaran
vi.  Konteks Pendidikan di Malaysia
vii. Tujuan dan Falsafah Pendidikan di Malaysia
(Pedagogical Content Knowledge – Shulman, L.S. )

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah :

1. Merancang

a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.

b) Merancang pemeringkatan isi  pelajaran.

c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.

d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

e) Merancang bahan-bahan pengajaran

f) Merancang aktiviti kumpulan.

g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.

h) Merancang aktiviti penilaian.

 

2. Mengelola

a) Mengurus rutin bilik darjah.

b) Mengurus aktiviti murid

c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.

d) Mengurus disiplin bilik darjah.

e) Mengurus aktiviti kumpulan.

f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.

g) Mengurus aktiviti penilaian

 

3. Mengawal

a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.

b) Mengawal aktiviti kumpulan.

c) Mengawal murid bermasalah peribadi.

d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.

e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.

 

4.  Mengarah

a) Mengarah murid menjawab soalan guru

b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.

c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.

d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .

e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.

 

Persediaan Rancangan Kerja

- Membuat perancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)

- Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah.

- Penyediaan buku rekod dan jadual

- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P

- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

Tajuk 5 : Pengurusan Murid

Teknik Mengurus Pembelajaran