TAJUK 1 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN (KPS)

 PENGERTIAN SOSIOLOGI 

Menurut Ottoway (1964) sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan melihat pendidikan dari segi perspektif sosiologi.

 

Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa. 

PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN 

  • Sebuah kajian saintifik mengenai  hubungan kemasyarakatan manusia dan tingkah laku sosial manusia dari pelbagai aspek.
  • Ilmu sosiologi bertujuan untuk menyelidik, memahami dan mengetahui struktur domain dalam masyarakat serta faktor yang dapat menyatukan atau melemahkan sesebuah kumpulan.
  • Bagi mempelajari  kehidupan masyarakat yang berubah akibat daripada pelbagai fenomena sosial.
  • Secara umum, sosiologi  meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia secara berkelompok.

Penyatuan antara sosiologi dan pendidikan melahirkan sosiologi pendidikan. Namun,  bidang ini berkembang secara berasingan iaitu para pendidik dan ahli sosiologi. Terdapat beberapa masalah yang timbul dalam usaha menetapkan sebuah identiti bagi disiplin sosiologi pendidikan. Antara ahli sosiologi yang banyak mempengaruhi sosiologi pendidikan ialah Auguste Comete, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley, Albion Small dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik seperti Horace Mann, John Dewey dan Franklin Bobbit.

 

FUNGSI DALAM PEMBELAJARAN 
Ada faedah untuk memahami simbolik mengikut kepada konteks penggunaan. Seperti makna-makna yang simbolik adalah berguna semasa interaksi dan menyebabkan hubungan bertambah mesra. Interaksi sosial seperti ini adalah amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Jalinan interaksi yang telah terjalin akan membentuk suatu kumpulan masyarakat yang penyayang. 

 

KONFILIK DALAM PEMBELAJARAN
Sosiologi dan Pembelajaran melibatkan manusia dan skop kajian sebenarnya adalah sangat meluas. Pembelajaran sering dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik haruslah peka engan dunia sosial. Justeru pendidik haruslah mengetahui tentang sosiologi kerana ia berkaitan antara satu sama lain. Fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuk sekolah haruslah dianalisis dalam perspektif sosiologi. 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

Tajuk 5 : Pengurusan Murid

Teknik Mengurus Pembelajaran