Punca Pengurusan Pembelajaran di Sekolah Tidak Berjaya

 

Punca Pengurusan Pembelajaran di Sekolah Tidak Berjaya

NAMA : ELVERANI NIUS

NO MATRIK : D20192091414

Pengurusan pembelajaran merupakan elemen yang sangat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan.  Namun begitu, masih terdapat sesetengah pihak yang masih tidak menguasai cara melaksanakan pengurusan pembelajaran yang berkesan. Hal ini demikian kerana, pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi dalam memastikan pengurusan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan. Persoalannya, apakah punca pengurusan pembelajaran di sekolah tidak berkesan?

Antara punca pengurusan pembelajaran tidak berkesan di sekolah ialah faktor persekitaran sekolah serta bilik darjah yang tidak selesa. Bilik darjah atau persekitaran sekolah yang kurang menarik dan selesa sudah pasti mempengaruhi keberkesanan PdP serta menganggu keselesaan murid semasa belajar. Sebagai contohnya, kemudahan dalam bilik darjah tidak tersusun dengan rapi seperti kerusi dan meja tidak tersusun, lantai tidak disapu, sampah tidak dikutip dan sebagainya. Suasana seperti ini sudah pasti menganggu perjalanan PdP dimana sebelum guru memulakan pengajaran murid akan disuruh terlebih dahulu membersihkan bilik darjah menyebabkan banyak masa yang terbuang untuk melakukan pembersihan daripada pengajaran. Di samping itu, penyusunan meja yang tidak mengikuti susunan abad ke-21 juga menyukarkan murid untuk berinteraksi sesama murid dan guru dengan murid. Persekitaran sekolah yang berdekatan dengan jalan raya juga menganggu fokus guru serta murid semsa PdP berjalan. Hal ini demikian kerana,  bunyi kenderaan seperti lori, kereta dan motor yang bising menyebabkan pendengaran murid dan guru terganggu. Jelaslah bahawa, persekitaran sekolah serta bilik darjah yang tidak selesa mempengaruhi keberkesanan pengurusan pembelajaran;

Seterusnya, kekurangan bahan bantu dan peralatan mengajar juga menyebabkan pengurusan pembelajaran tidak berkesan.  Bahan bantu mengajar adalah amat penting kerana ia membantu dalam proses PdP. Kekurangan bahan bantu mengajar menyebabkan murid kurang faham tajuk yang diajar dan tidak minat untuk belajar kerana ianya membosankan. Sebagai contohnya, guru hanya menggunakan buku teks sebagai bahan mengajar. Prmbelajaran tidak sepatutnya hanya bergantung kepada buku teks sahaja kerana murid-murid perlu mengetahui dan meneroka setiap mata pelajaran yang diajar. Di samping itu, kekurangan buku-buku rujukan di pusat sumber atau perpustakaan sekolah juga menyebabkan murid-murid sukar untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang mereka pelajari. Kekurangan peralatan mengajar di sekolah juga menyebabkan pengurusan pembelajaran berkesan. Hal ini demikian kerana, teknik yang guru gunakan semasa mengajar adalah membosankan iaitu, hanya membaca buku teks tanpa ada video atau slide berkaitan tajuk yang diajar. Jika sekolah mempunyai kemudahan ICT maka ia boleh digunakan mengikut kesesuaian pengajaran untuk menarik minat murid belajar. Penggunaan kemudahan ICT juga menunjukkan pengajaran yang kreatif dan pasti berkesan kepada murid. Jelaslah bahawa, bahan bantu mengajar aalah sangat penting kerana ia dapat memudahkan guru untuk menyampaikan dengan mudah, cepat dan menarik.

Selain itu, punca pengurusan pembelajaran tidak berkesan ialah guru tidak menguasai cara menyampaikan pengajaran. Sesetengah guru masih kurang menguasai cara menyampaikan pengajaran terumatanya berkomunikasi dengan pelajar semasa PdP. Sebagai contohnya, guru hanya melihat dan membaca kandungan buku teks tanpa berkomunikasi dengan muridnya. Kesan sekiranya guru tidak berkomunikasi denngan muridnya ialah murid akan sukar untuk faham akan apa yang disampaikan oleh guru tersebut. Di samping itu, murid juga tidak akan berminat untuk belajar sehingga mereka sanggup ponteng kelas bagi mengelak subjek tersebut. Tambahan lagi, sesetengah guru menggunakan masa subjek pada masa tersebut dengan mengajar subjek yang tidak berkaitan. Hal ini demikian menyebabkan murid akan semakin keliru dan tertekan kerana subjek yang diajar tidak berkaitan dengan subjek yang sepatutnya pada masa tersebut. Oleh itu, guru-guru haruslah membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan mengajar mengikut subjek yang telah ditetapkan.

Masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah juga menyumbang kepada kegagalan pengurusan pembelajaran. Tingkah laku pelajar yang tidak sopan di dalam kelas menyebabkan guru lebih banyak menghabiskan masanya untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memberi nasihat, ceramah dan denda daripada mengajar anak muridnya. Sebagai contohnya, tingkah laku pelajar yang tidak sopan ialah bising, bergaduh, ponteng kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlanjutan maka masa guru untuk mengajar sydah pasti tidak mencukupi. Murid-murid yang tidak terlibat dengan masalah disiplin juga akan turut sama untuk diberi ceramah dan nasihat malah juga akan sama-sama didenda. Di samping itu, fokus murid yang lain di dalam kelas tersebut juga akan terganggu kerana sikap rakan sekelasnya yang bermasalah. Jelaslah bahawa, tingkah laku murid di dalam kelas haruslah diambil berat agar PdP berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca pengurusan pembelajaran tidak berkesan dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, semua pihak yang terlibat haruslah berkerjasama dan berganding bahu dalam memastikan pengurusan pemelajaran di sekolah dapat dilaksanakan di sekolah dengan berkesan.

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

TAJUK 1 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN (KPS)