MENGURUS PEMBELAJARAN SECARA EFEKTIF

 

WAN NUR AISYAH BINTI W. RAMLI (D20192091409)

 

MENGURUS PEMBELAJARAN SECARA EFEKTIF

 

·         Mengurus pembelajaran yang berkesan adalah cara atau kaedah proses penyampaian seseorang guru itu dalam mengaplikasikan kaedah yang sesuai dan efektif dalam proses pembelajaran untuk membolehkan pencapaian hasil yang terbaik kepada pelajar.

 

Terdapat beberapa perkara yang telah diterapkan dalam proses mengurus pembelajaran yang efektif.

1) Menganalisis Keperluan Murid

·         Guru perlu mengenal pasti tahap individu dalam kalangan pelajar dengan menyeimbangkan skop dan kaedah yang dijalankan dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, tahap kemampuan pelajar adalah berbeza-beza dan melalui analisis ini pelajar akan dapat mengikuti pembelajaran yang dijalankan dengan baik.

 

2) Pengurusan Masa

·         Pengurusan masa yang bijak perlu dititikberatkan kepada guru supaya masa untuk menjalankan proses pembelajaran diuruskan dengan baik. Oleh itu, guru hendaklah mengutamakan perkara yang penting untuk membolehkan pelajar melalui proses pembelajaran dan pada masa yang sama mengambil had kebolehan serta kemampuan pelajar mendapat pembelajaran secara adil.

 

 

3) Iklim Bilik Darjah

·         Suasana persekitaran perlu dititikberatkan supaya pelajar dapat menjalankan sesuatu pembelajaran dengan sesuai dan selesa. Pencahayaan yang cukup, perabot yang disusun atur dengan selesa seperti kerusi dan meja turut memainkan peranan dalam proses pembelajaran. Justeru itu, kelas kondusif amat penting kepada pelajar dan guru semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.

 

4) Membuat perancangan sebelum mengajar (RPH)

·         Menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) juga perkara yang perlu diambil kira oleh guru untuk memastikan kelancaran semasa proses pembelajaran berlangsung dengan baik. Perancangan yang dilakukan mestilah mempunyai objektif pengajaran, teknik dan kaedah yang mantap yang diaplikasikan semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang sistematik.

 

5) Kurikulum yang baik dan seimbang

·         Kurikulum yang baik dan seimbang adalah suatu perkara atau tahap perlu dilalui oleh pelajar untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan melalui silibus yang disediakan oleh guru di mana melalui kurikulum perlu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spritual. Oleh hal demikian, kurikulum yang baik bergantung kepada keupayaan sekolah dalam mengaplikasikan pembelajaran agar pelajar dapat menerima pembelajaran secara sempurna.

 

 

 

 

 

 

 

6) Penggunaan bahan bantu mengajar

·         Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan bahan yang disediakan oleh guru untuk menjadikan proses pembelajaran berjalan lancar dan objektif pembelajaran tercapai dengan berkesan kepada pelajar. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah yang menarik juga dapat merangsang dan meningkatkan daya kreativiti pelajar.

 

Objektif  Eksplisit dan Implisit dapat dicapai melalui Mengurus Pembelajaran secara Efektif

1)    Eksplisit

·  Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan pelajar untuk melakukan aktiviti yang membawa faedah kepadanya.

·  Melibatkan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberi contoh atau menunjukkan cara yang betul untuk apa yang diajar.

 

2)    Implisit

·  Diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalaman.

·  Terdiri daripada dorongan atau minat seseorang individu untuk melakukan aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran.

·  Melibatkan tingkah lingkah yang ketara seperti memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu yang dipelajari pelajar.

 

 

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN DALAM MENGURUS PEMBELAJARAN

Tajuk 5 : Pengurusan Murid

Teknik Mengurus Pembelajaran