Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

TAJUK 1 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN (KPS)

  PENGERTIAN SOSIOLOGI  Menurut Ottoway (1964) sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan melihat pendidikan dari segi perspektif sosiologi.   Sosiologi pendidikan  ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.  PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN  Sebuah kajian saintifik mengenai  hubungan kemasyarakatan manusia dan tingkah laku sosial manusia dari pelbagai aspek. Ilmu sosiologi bertujuan untuk menyelidik, memahami dan mengetahui struktur domain dalam masyarakat serta faktor yang dapat menyatukan atau melemahkan sesebuah kumpulan. Bagi memp

Tajuk 2: Pengurusan Dan Pembelajaran

Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. (Nurlia Mohamad, 2012)  Menurut Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan merujuk kepada aktiviti yang teratur serta sistematik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti. Terdapat pelbagai konsep yang dibahagikan di dalam bab ini. Antarany

Tajuk 3 : Sosialisasi

  PENGERTIAN SOSIOLISASI Difahami sebagai proses internalisasi nilai dan norma sosial  dalam diri individu. Sosialisasi merupakan sebahagian daripada proses interaksi sosial. Sebagai makhluk sosial, kita sentiasa berinteraksi dengan manusia lain. Dalam proses interaksi, terjadinya sosialisasi. TUJUAN SOSIOLISASI ·          Memberikan keterampilan dan pengetahuan kepada seseorang untuk dapat hidup bermasyarakat. ·          Mengembangkan kemampuan seseorang untuk dapat berkomunikasi secara efektif dan efisien. ·          Membuat seseorang mampu mengembalikan fungsi-fungsi melalui latihan introspeksi yang tepat. ·          Menanamkan nilai-nilai dan kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas pokok dalam masyarakat. PERINGKAT SOSIOLISASI Sosialisasi Primer Sosialisasi primer merupakan proses sosialisasi yang pertama dan utama yang terjadi pada seseorang, yakni sejak dilahirkan, berkenalan dan sekaligus belajar untuk bermasyarakat sehingga dapat menyesuaikan diri dal

Tajuk 4 : Kepimpinan dan Organisasi

  Bab ini akan menekankan g aya kepimpinan, organisasi sekolah, k epimpinan peringkat sekolah, dan kepimpinan guru.  Bab ini adalah m engenalpasti gaya kepimpinan dan menjelaskan peranan pemimpin peringkat sekolah serta memahami gaya kepimpinan guru. Dari aspek kepimpinan, Gribben berpendapat satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.  Fulmer juga pernah mengatakan bahawa melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.  Secara rumusnya, kepimpinan memberi kepuasan kepada pengikut, menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang, serta dapat mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk me

Tajuk 5 : Pengurusan Murid

 Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.   “… adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000) ‰   “… adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000)     Definisi Murid Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada. Abu Ahmadi (2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang y